KELAS NADI MAHIR JAHIT (MINGGU 14) MENJAHIT KURUNG MODEN
15 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Jahit pada minggu ini adalah kelas menjahit baju kurung moden. Dalam kelas tersebut, tenaga pengajar menerangkan bahan, alatan yang diperlukan serta cara-cara untuk menjahit kurung moden. Tenaga pengajar turut diberi penerangan cara untuk menggunakan mesin jahit tepi dan cara untuk jahit tepi fabrik.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: